Posts

Showing posts from January, 2017

Islam Liberal: Satu Pendedahan

Image
Peredaran masa telah membuktikan kepada kita apa yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wasallam kepada para sahabat. Selaku orang yang mengaku beragama Islam, al-Quran dan al-Sunnah merupakan jalan penyelesaian yang paling selamat dengan berpaksikan kepada aqidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah. Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam bersabda; افترقت اليهود على إحدى وسبعين فرقة، وافترقت النصارى على اثنتين وسبعين فرقة، وستفترق هذه الأمة على ثلاث وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة وهي الجماعة “Umat Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh lagi masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh dua golongan maka tujuh puluh satu masuk neraka dan hanya satu golongan masuk syurga. Umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka dan ia adalah jamaah (golongan Ahlu al-Sunnah wa al-Jam