Posts

Showing posts from July, 2017

Dasar dan Jati Diri Seorang Ahli PAS

Image
PAS sebagai sebuah gerakan Islam dan parti politik. Dasarnya Islam, rujukannya al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias. Penyertaan kita di dalam PAS bukan kerana hanya mengisi masa lapang tetapi ia adalah wajib untuk penerusan kepada perjuangan Islam di negara ini. Apabila kita mengisi borang sebagai ahli PAS maka di sana bererti ia sudah berbai’ah untuk mematuhi peraturan dan tatacara sebagai seorang ahli PAS. Ertinya segala tindakan kita sudah berada di dalam kawalan jama’ah, ini adalah lumrah mana-mana organisasi. Contohnya kita bekerja di kilang Samsung berbeza kerja dengan kilang Proton. Peraturan setempat mesti diikuti, jika kita tidak boleh ikut, kita kena buka kilang sendiri. Dari segi akidah, saya mestilah beriman bahawa Allah Ta’ala Yang Maha Esa menciptakan manusia bukan sia-sia. Dan mesti beriman bahawa manusia akan di kembali dan disoal oleh Allah Ta’ala setiap amalan yang dilakukan di atas dunia. Justeru, saya tidak boleh leka dengan dunia sehingga lupa tanggungjawab untuk