Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu 2017/2019

#Terengganu: AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu 2017/2019.
Duduk dari kiri: Ust Wan Sukairi Wan Abdullah, Cikgu M. Shukrimun, Dr Azman Ibrahim, YB Arifin, YB Ust Mohd Noor, Hj Muhyidin Rashid, Dato' Husain Awang, YB Ust Satiful, YB Dr Alias, YB Dr Khairuddin, Hj Yahaya, Hjh Zaroni, Cikgu Raja Endon.
Tengah dari kiri: YB Hj Hanafiah Mat, Ahmad Amzad Hashim, Ust Lah Suhaimi, Zakaria Dagang, Hj Hamid, YB Cikgu Alias, Ust Alias, YB Wan Hapandi, Azman Shapawi, Cikgu Mohd Daik, Mohd Soud Said, Zuraida, Hjh Rahimah.
Belakang dari kiri: Ust Nasir, Hj Zabidi, Ust Nazari, YB Hilmi, Ust Basri, Ust Wan Azhar Wan Ahmad, Mohd Hafiz, Mohd Yasin.

KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan PAS negeri ini hari ini mengumumkan barisan jawatankuasa baharu sesi 2017-2019 yang dianggap sebagai persediaan parti itu untuk mengambil alih kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.
 
Perubahan itu juga dilakukan seiring dengan pelantikan tokoh veteran PAS, Datuk Husain Awang menggantikan ADUN Paka, Satiful Bahari Mamat sebagai Pesuruhjaya PAS negeri pada 6 Mei lalu.
 
Secara umumnya, pelantikan yang dibuat dalam mesyuarat pertama badan itu yang dipengerusi oleh Husain di sini tidak banyak muka baharu ditampilkan selain beberapa ahli jawatankuasa beralih kedudukan. 
 
Husain yang juga Ahli Majlis Syura Ulama memberitahu, Satiful Bahari dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 manakala Dr. Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal) sebagai Timbalan Pesuruhjaya II.
 
Bekas Exco Kerajaan negeri, Yahaya Ali pula dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya III sementara bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid kekal sebagai Setiausaha.
 
Muhyidin dibantu oleh Wan Sukairi Wan Abdullah, Hanafiah Mat dan Saharizukkirnain Abdul Kadir selaku Penolong Setiausaha 1, II dan III) manakala bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Shukrimun Shamsuddin kekal sebagai Bendahari.
 
ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah pula masih dikekalkan sebagai Ketua Penerangan bersama Ariffin Deraman selaku Pengarah Pilihan Raya.
 
Tujuh orang Ahli Jawatankuasa yang dilantik terdiri daripada Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Dr.Azman Ibrahim, Mohd Zabidi Yusof, Mohamad Yasin Muda, Ahmad Amzad Hashim, Azman Shapawi Abdul Rani dan Raja Endun Raja Abdul Rahman.
 
Hussain menjelaskan, barisan jawatankuasa baru ini menggabungkan kalangan lama dan muda daripada pelbagai latar belakang termasuk kalangan ulama dan profesional bagi memacu masa depan parti.
 
Menjawab pertanyaan pemberita, Husain berkata, perubahan barisan kepemimpinan PAS ini bersandarkan harapan besar peringkat Pusat agar dapat terus memperkukuhkan jentera parti yang di semua peringkat.
 
"Saya ambil alih kepemimpinan dalam keadaan PAS negeri sudah berada  pada landasan tepat dan kuat kedudukannya yang diteraskan oleh Pesuruhjaya PAS sebelum ini," ujarnya.
 
Beliau menafikan perubahan terpaksa dibuat kononnya kerana mulai berlaku pergeseran dalam Pas negeri, sebagaimana yang diberikan gambran oleh sesetengah pihak.

Comments

  1. berat la parti pas negeri terngganu skrg ni.zaman BN DULU BLH GAK DUIT RAYA TP BL PAS PEGANG NEGERI TERENGGANU....SESEN X BLH ..INGATKAN PAS DPT BANTU RAKYAT...RUPA2NYA ....HAMPESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KEMATIAN ADAT MELAYU VS ISLAM

Mohd Nasir Awang Besut Meninggal Dunia