Mohd Nasir Awang Besut Meninggal Dunia



نالله واناليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
Takziah kpd keluarga Arwah Abg Mohd Nasir Awang(Mantan Ketua Pemuda Pas Besut & Pengerusi Tetap Pas Kawasan Besut) Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman & beramal soleh.

Jenazah akan disolatkan di Masjid Air Tawar, Besut selepas ASAR hari ini. Insyaallah jika ada kelapangan masa .. semuanya dijemput hadir..





Aktivis Media Sepanjang Zaman Kembali Ke Rahmatullah

KUALA TERENGGANU – Penerima Anugerah Aktivis Media Sepanjang Zaman, Mohd Nasir Awang, 52, telah kembali ke rahmatullah kerana menghidap ‘kanser’ sejak dua tahun lalu.
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) telah memberikan anugerah khas kepada Allahyarham kerana sumbangan beliau terhadap dunia media yang menjadi sebahagian daripada kehidupannya.
Beliau telah menyertai akhbar Harakah sejak 1989 dan terus menulis tanpa henti didalam ruangan ‘kolum’ beliau sehingga kira-kira tiga tahun yang lalu.
Allahyarham turut terlibat sebagai wartawan penyiaran dalam siaran berita atas talian melaui Urusetia Penerangan Kerajaan Terengganu, Pustaka UPKNT Siaran Darul Iman (SiDI), semasa kerajaan PAS 1999 – 20014.
Selain itu, beliau menulis buku ‘Masa untuk Tok Guru buktikan’ yang berkisar pengamatan pemerhatian beliau terhadap kejayaan PAS Terengganu memenangi pilihan raya umum kali ke-10 tahun 1999.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim mengucapan takziah kepada seisi keluarga allahyarham.
“saya mnyampaikan ucapan takziah kepada melalui anakanda almarhum Mohd Nasir Awang, Pengerusi Tetap PAS Kawasan Besut dan Kolumnis Harakah
“yang kembali ke rahmatullah pagi tadi di Kampung Air Tawar Besut,” ujarnya dalam satu pesanan ringkas.
Beliau berharap keluarga arwah dapat bersabar dengan ujian daripada Allah dan menyifatkan kehilangan Nasir sebagai, “Perginya seorang sahabat ke alam baqa’ setelah berjuang melawan kanser usus yang dideritainya sejak lebih setahun lalu”.

Selaku Pengerusi KAMI, Dr Azman berkata, pemergian allahyarham ada satu kehilangan seorang ‘otai’ dalam bidang kewartawan dan berita serta dunia penulisan di negeri Terengganu dan Malaysia amnya.
Solat jenazah allahyarham akan ditunaikan di masjid Tengku Zainal Long, Kampung Air Tawar, selepas solat fardhu Asar hari ini, Khamis 14 September.

Comments

Popular posts from this blog

KEMATIAN ADAT MELAYU VS ISLAM

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu 2017/2019