ARAK SEMUA AGAMA MENCEGAH
Arak itu buruk di sisi semua manusia yang waras. Ia telah menjadi masalah terhadap masyarakat termasuk negara maju sekalipun. Kalau seseorang enggan atau tidak setuju pesta arak bukan bererti dia enggan dan menolak hiburan. Betapa banyak golongan beragama yang turut berhibur dan bernyanyi dengan cara yang santun. Bukan sahaja mereka bernasyid dan bersolawat, tetapi mereka juga boleh menyanyi dan menari dengan kadar kesopanan sebagai manusia waras.
Apa kaitan pula poligami yang halal dengan pesta arak? Tidakkah pesta arak itu menjerumus kepada perzinaan dengan wanita yang pasti mencemar kehormatan di sisi semua agama. Sementara poligami yang bertanggungjawab mempunyai peraturan dan kewajipan sebagai suami dan isteri.
Non-muslim nak minum arak itu hak mereka tapi penganjuran pesta boleh memberikan kesan negatif kepada masyarakat awam.
Iklan:
Comments
Post a Comment