Beer Festival hak mereka, bagaimana pula RUU355?

Sebuah portal mesra Umno hari ini merancakkan lagi perdebatan mengenai keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menolak permohonan untuk penganjuran Better Beer Festival 2017.
MyKMU turut mengaitkan isu itu dengan cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355).

Sambil menjadikan DAP sebagai sasaran, portal itu berkata terdapat perbezaan antara masyarakat bukan Islam yang dibenarkan meminum arak, dengan mempromosikan arak sebagai satu acara gilang gemilang.
Memetik merokok sebagai contoh, portal itu berkata rata-rata masyarakat sudah sebati dengan perlakuan merokok oleh perokok dan disifatkan sebagai hak peribadi.
“Namun, kita semua akan bersetuju untuk menolak sebarang usaha untuk mempromosikan rokok seperti acara festival merokok, bukan?” soalnya.
Penulis artikel itu, Ameen Latif berkata, tidak mungkin DAP tidak menyedari tentang sensitiviti umat Islam dan juga penganut agama lain berhubung penggunaan alkohol.
“Tidak mungkin DAP tidak sedar tentang sensitiviti umat Islam, atau lebih tepat kita tambahkan dengan sensitiviti umat patuh beragama (Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh) berhubung dengan arak sedang (pemimpin veteran DAP) Lim Kit Siang sendiri sudah lama berada di Malaysia, sehingga digelar antik politik,” katanya.
Beliau juga menyebut bagaimana penyokong DAP di media sosial mengecam DBKL dengan mendakwa bahawa hak mereka telah dinafikan.
image: https://i.malaysiakini.com/1085/aa58d8a72b297b56e4da70fba04517df.jpg
“Alasannya, itu bukan urusan umat Islam. Malangnya, golongan yang sama tidak pula memberikan hak kepada umat Islam di dalam perkara RUU355.
"Kiasu sungguh!” katanya.
Menurutnya, minuman yang memabukkan itu juga akan membawa mudarat kepada bukan sahaja si pelaku, malah masyarakat sekeliling.
Ameen kemudian menceritakan pengalaman peribadinya dilanggar oleh seorang pemandu mabuk.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/395749#L62p66hwjTMK2kgO.99

“Janganlah anggap penulis sekadar retorik dan tidak faham tentang bahaya mabuk, kerana kereta penulis sendiri sudah hampir dua bulan di bengkel untuk kerja-kerja baikpulih gara-gara dilanggar dari belakang oleh seorang pemandu mabuk.
“Mujur penulis tidak alami sebarang kecederaan serius,” katanya.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/395749#L62p66hwjTMK2kgO.99

Iklan:
Komen : PERINGATAN: 1MEDIABARU tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

KEMATIAN ADAT MELAYU VS ISLAM

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu 2017/2019

Mohd Nasir Awang Besut Meninggal Dunia