Fastaqim 2.0: Polis Terengganu Sedia Bekerjasama Mempastikan Keselamatan Penganjuran Himpunan Fastaqim 2.0




KUALA TERENGGANU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Negeri Terengganu pada dasarnya sedia bekerjasama untuk mempastikan keselamatan penganjuran Himpunan Fastaqim 2.0.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, perkara berkaitan telah dibincangkan antara Pesuruhjaya (PJ) Dato’ Ustaz Husain Awang dengan Ketua Polis (KP)Terengganu yang baharu, DCP Dato’ Aidi bin Ismail.

“satu pertmuan yang amat menarik….berjalan dengan baik, (ia) lebih kepada kunjungan hormat kepada Ketua Polis negeri yang baharu,



“tetapi sebahagian perbincangan menjurus kepada kerjasama kedua pihak berhubungg persiapan Fastaqim 2.0. (dan) pihak polis pada dasarnya sedia bekerjasama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas kunjungan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT) ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu semalam, Khamis 21 September.

Beliau berkata, isu keselesaan penduduk dan pengguna jalan raya diberikan perhatian utama oleh pihak polis dan menuntut PAS juga memberikan kerjasama agar ia dapat dipelihara.

“Saya sendiri minta supaya soal keselamatan dan keselesaan penduduk berkait dengan ‘isu rempit’ dikalangan anak muda diberi perhatian dalam konteks,

“mengembangkan penubuhan Persatuan Kepolisian Komuniti (PKK) selain dari (yang telah ada di) qariah Durian Burung,” jelas Haji Yahaya yang menambah, pertemuan berjalan dalam suasana yang sangat mesra.

Sehubungan itu, Setiausaha PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abd Rashid berkata, kehadiran rombongan BPPNT ke IPK yang diketuai oleh Dato’ Pesuruhjaya sendiri telah mendapat penghargaan.

“Dato’ KP memuji Dato’ PJ yang datang mengetuai program kunjung hormat kepada beliau (dan) Dato’ PJ mengambil kesempatan memaklumkan,

“tentang program terdekat (iaitu) Fastaqim 2.0 pada 29 hingga 30 September, 2017,” katanya.

Justeru itu, Haji Muhyiddin berkata, Dato’ Aidi melahirkan keyakinan beliau bahawa, program yang bakal menghimpunkan seramai 200, 000 ahli dan penyokong PAS dari seluruh negara itu akan berjalan dengan lancar.

“In sha Allah program akan berjalan lancar berdasarkan maklumat yang diterima (dimaklumkan kepada beliau) 1000 anggota Jabatan Amal akan membantu melancarkan perjalanan lalu lintas,
“disamping itu, pihak polis bersetuju dengan cadangan pihak penganjur, (supaya) laluan ke tapak Fastaqim 2.0 akan dijadikan jalan sehala sepanjang tempoh program berjalan,” katanya lagi

Iklan:
Komen : PERINGATAN: 1MEDIABARU tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

KEMATIAN ADAT MELAYU VS ISLAM

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu 2017/2019

Mohd Nasir Awang Besut Meninggal Dunia