Posts

Showing posts from September, 2017

DAP Cauvinis Perguna Melayu PH Untuk Raih Kuasa

Image
SEPTEMBER 23, 2017 Malaysia -Today – Dalam artikel yang lepas, telah didedahkan bahawa undi Pakatan Harapan adalah sama seperti mengundi DAP. Juga telah diterangkan serba sedikit tentang ancaman DAP terhadap agama, bangsa melayu dan kedudukan Raja-raja. Namun sebagai tambahan, ada beberapa perkara lagi yang perlu untuk disebutkan berkaitan DAP yang turut menjadi ancaman kepada negara. Kesemua ancaman yang berkaitan dengan DAP boleh mencemarkan keharmonian masyarakat majmuk dan mencetuskan ketegangan sosial. Contoh lain yang boleh dijadikan iktibar adalah berkenaan pertikaian mereka terhadap sekolah agama (Islam). Pada tahun 2014, Ahli Parlimen DAP, Oscar Ling Chai Yew, telah menyamakan status Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dengan sekolah agama. Oscar dipetik sebagai berkata: “Kalau mereka kata SJK adalah punca (pemisah kaum), bagaimana pula sekolah agama? Ia hanya untuk murid beragama Islam.” http://www.ismaweb.net/…/pertikai-sekolah-agama-satu-penca…/ http://www.freemalaysi

Fastaqim 2.0: Polis Terengganu Sedia Bekerjasama Mempastikan Keselamatan Penganjuran Himpunan Fastaqim 2.0

Image
KUALA TERENGGANU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Negeri Terengganu pada dasarnya sedia bekerjasama untuk mempastikan keselamatan penganjuran Himpunan Fastaqim 2.0. Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, perkara berkaitan telah dibincangkan antara Pesuruhjaya (PJ) Dato’ Ustaz Husain Awang dengan Ketua Polis (KP)Terengganu yang baharu, DCP Dato’ Aidi bin Ismail. “satu pertmuan yang amat menarik….berjalan dengan baik, (ia) lebih kepada kunjungan hormat kepada Ketua Polis negeri yang baharu, “tetapi sebahagian perbincangan menjurus kepada kerjasama kedua pihak berhubungg persiapan Fastaqim 2.0. (dan) pihak polis pada dasarnya sedia bekerjasama,” ujarnya. Beliau berkata demikian selepas kunjungan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT) ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu semalam, Khamis 21 September. Beliau berkata, isu keselesaan penduduk dan pengguna jalan raya diberikan perhatian utama oleh pihak polis dan menuntut PAS juga

Tidak gentar tindakan Siti Kasim

Image
W SAIDATUL NAJEMUDIN 21 SEPTEMBER 2017 Tidak gentar tindakan Siti Kasim Alias bersama pemimpin dan ahli Pas negeri menunjukkan laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu, semalam. KUALA TERENGGANU - Tindakan Siti Kasim untuk menyaman Pas jika parti itu dan Harakahdaily tidak memohon maaf kepadanya berhubung isu ibadah korban dalam tempoh 48 jam bermula semalam, tidak menghalang Pas Terengganu membuat laporan polis terhadap peguam tersebut mengenai isu sama. Laporan polis dibuat Pas Terengganu terhadap Siti Kasim dan David Orok berhubung isu tersebut yang disifatkan satu penghinaan terhadap Nabi Ibrahim dan Islam di Balai Polis Kuala Terengganu kira-kira jam 3 petang, semalam. Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Dr Alias Razak berkata, jika Siti Kasim mahu menyaman Pas berhubung isu tersebut, terserah kepada peguam itu namun pihaknya membuat laporan polis untuk memastikan siasatan dijalankan ke atas kedua-duanya berasaskan undang-undang. “Kita sekarang telah membuat l

6 atau 7 juta buat pasukan, jangan bagi sesen pun pada FAM

Image
Tunku Mahkota Johor (TMJ) , Tunku Ismail Sultan ibrahim menyasarkan wang penajaan luar negara bagi setiap pasukan Liga M adalah RM6 juta atau RM7 juta setahun. Ini boleh dicapai dengan rombakan wang penajaan dan pertambahan pemain import kouta Asia Tenggara yang telah diusulkan ketika mesyuarat lembaga pengarah Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP). "Kemasukan pemain import dapat mendorong tajaan luar negara dan saya berharap setiap pasukan menerima sekurang-kurangnya RM6 juta atau RM7 juta setahun". Jika perkara itu tidak tercapai pada tahun pertama, sekurang-kurangnya RM4 juta untuk pasukan Liga Super dan RM2 juta untuk Liga Perdana. Tegas TMJ yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bahawa FAM tidak akan mengambil sedikit pun dari pertambahan wang penajaan luar tersebut. "Dengan sponsorship (penajaan) yang baru, saya tak nak satu sen pun pergi kepada FAM. Saya nak semua pergi kepada pasukan-pasukan yang bertanding" Na

ARAK SEMUA AGAMA MENCEGAH

Image
Arak itu buruk di sisi semua manusia yang waras. Ia telah menjadi masalah terhadap masyarakat termasuk negara maju sekalipun. Kalau seseorang enggan atau tidak setuju pesta arak bukan bererti dia enggan dan menolak hiburan. Betapa banyak golongan beragama yang turut berhibur dan bernyanyi dengan cara yang santun. Bukan sahaja mereka bernasyid dan bersolawat, tetapi mereka juga boleh menyanyi dan menari dengan kadar kesopanan sebagai manusia waras. Apa kaitan pula poligami  yang halal dengan pesta arak? Tidakkah pesta arak itu menjerumus kepada perzinaan dengan wanita yang pasti mencemar kehormatan di sisi semua agama. Sementara poligami yang bertanggungjawab mempunyai peraturan dan kewajipan sebagai suami dan isteri. Non-muslim nak minum arak itu hak mereka tapi penganjuran pesta boleh memberikan kesan negatif kepada masyarakat awam. Sebagai orang muslim patut ada etika ketika memberi pandangan berhubung dengan perkara yang jelas seperti ini. Iklan: Komen : PERINGATAN:

*TAHNIAH BIBI RAMJANI : ANAK JATI KOK LANAS YANG DIBANGGAKAN*

Image
* TAHNIAH   BIBI RAMJANI  : ANAK JATI KOK LANAS YANG DIBANGGAKAN* Kami sebagai warga DUN Kok Lanas mengucapkan sekalung  tahniah kepada Pn.  Bibi Ramjani  yang telah secara rasminya diumumkan sebagai Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi penggal 2017-2021. # gomokelategomo # theredwarriors # bibiramjani # anakjatikoklanas # sayangkoklanas # koklanassejahtera Iklan: Komen : PERINGATAN: 1MEDIABARU tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Beer Festival hak mereka, bagaimana pula RUU355?

Image
Sebuah portal mesra Umno hari ini merancakkan lagi perdebatan mengenai keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menolak permohonan untuk penganjuran Better Beer Festival 2017. MyKMU  turut mengaitkan isu itu dengan cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355). Sambil menjadikan DAP sebagai sasaran, portal itu berkata terdapat perbezaan antara masyarakat bukan Islam yang dibenarkan meminum arak, dengan mempromosikan arak sebagai satu acara gilang gemilang. Memetik merokok sebagai contoh, portal itu berkata rata-rata masyarakat sudah sebati dengan perlakuan merokok oleh perokok dan disifatkan sebagai hak peribadi. “Namun, kita semua akan bersetuju untuk menolak sebarang usaha untuk mempromosikan rokok seperti acara festival merokok, bukan?” soalnya. Penulis artikel itu, Ameen Latif berkata, tidak mungkin DAP tidak menyedari tentang sensitiviti umat Islam dan juga penganut agama lain berhubung penggunaan alkohol. “Tidak mungki

Kami bukan keldai agama - Luahan bapa pelajar tahfiz

Image
AFYAN MAT RAWI   20 SEPTEMBER 2017 PAGI  tadi menghantar anak-anak syurga ke sekolah mereka, meneruskan rutin yang saya tinggalkan  lebih 44 hari selama saya berada di Tanah Suci. Entah kenapa pagi ini agak sebak ketika mengiringi mereka sambil melihat infra yang ada di sekolah Maahad Tahfiz ini. Saya peluk dan cium mereka kemas-kemas sebelum melepaskan mereka ke sekolah. Bohonglah kalau saya tidak terkesan langsung dengan peristiwa kebakaran Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tempoh hari. Terkenang masa mula-mula datang ke sekolah ini 7 tahun lalu untuk tinjauan. "Abang, betul ke kita nak hantar anak kita ke sini?" saya masih ingat lagi pertanyaan isteri ketika meninjau-ninjau sekolah ini dahulu. "Insya-Allah. Mudah-mudahan ada barakah di sini. Kita serah selebihnya kepada Allah," balas saya. "Andai kata tidak memuaskan, kita tukarkan ke sekolah lain," tambah saya, memujuk. Saya faham kerisauan dan naluri seorang ibu. Sedar tak seda

Kenapa masih ulang perkara lapuk 'PAS bukan agama'

Image
BANK  Islam, Sekolah Islam, Universiti Islam, Pusat Islam, Tadika Islam, Pajak Gadai Islam, Restoran Islam, Pusat Rawatan Islam, Hospital Islam dan apa sahaja sewaktu dengannya yang diletakkan nama Islam, ia bukan agama, termasuk Parti Islam juga bukan agama. Malah orang Islam pun bukan agama. "Perkara ini semua orang sudah faham. Sebut nama Bank Islam, orang faham bahawa inilah bank yang menggunakan sistem perbankan Islam dalam urusniaga," ujar AJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim. Katanya, Hospital Islam atau Pusat Rawatan Islam difahami oleh masyarakat sebagai tempat rawatan yang menitikberatkan pematuhan syariat dalam operasi, begitulah juga yang lain. Menurutnya, mereka memperjuangkan pematuhan syariat Islam dalam bidang masing-masing. Jelas beliau, PAS sebuah Parti Islam yang turut berperanan sebagai sebuah gerakan Islam yang mana bidang PAS ialah tiga komponen penting iaitu siyasah, tarbiyah dan dakwah. Tambahnya, walaupun berjuang di medan siyasah Islam, tarbi

KEMATIAN ADAT MELAYU VS ISLAM

Image
Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Di teruskan Hingga Kini Bagikan : Mendengar berita kematian ------------------------------- Melayu Alfatihah Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun Usung jenazah ---------------------------- Melayu: Baca al fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan. Islam : Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia. Tanam jenazah ----------------------------- Melayu: - Jirus air dengan jug yang diikat kain putih - Tabur bunga - Tabur batu Islam : Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar

Keberadaan PAS Bukan Undi Semata. TETAPI MENCEGAH..

Image
Terima Kasih DBKL dan Rakyat Malaysia Hj Idris Hj Ahmad Naib Presiden PAS 18/9/17 Terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah membatalkan permit pesta arak Better Beer Festival 2017. Terima kasih rakyat Malaysia yang bermoral bersama membantah program tersebut. Tugas PAS mencegah munkar dan tidak redha dengan program ini. PAS tidak ada kuasa, cuma ada keinginan untuk imembentuk masyarakat yang bermoral. Apabila teguran PAS didengar alhamdulillah, kalau tidak dengar pun alhamdulillah. PAS berpolitik di dunia untuk dibawa amal ke akhirat. Bukan semata-mata untuk hidup di dunia. Untung rugi akhirat yang dikira. Kalau hendak untung undi PAS tidak perlu bantah. Apabila ada lima Ahli Parlimen Dap dan Pkr membantah keputusan DBKL ia bukan satu berita. Kalau mereka menyokong membatalkan program ini barulah satu berita. Lima ahli Parlimen yang membantah ialah Tan Kok Wai Cheras, Fong Kui Lun Bukit Bintang, Teresa Kok Seputih, Lim Lip Eng Segambut dan Datuk Dr

DAP CABAR UMAT ISLAM

Image
1. Sikap yang ditunjukkan oleh beberapa Ahli Parlimen DAP dalam menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan yang dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menolak permohonan penganjuran Pesta Arak (BBF17) benar2 mencabar amarah rakyat Malaysia terutama umat Islam. Kenyataan mereka sehingga sanggup mendakwa agar "DBKL jangan menjadi jaguh agama" adalah suatu dakwaan yang biadab.  2. Terkini apabila Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mempersoalkan tindakan DBKL tersebut. Bahkan bagi memastikan kejayaan Pesta Arak ini diadakan juga, beliau menyebutkan bahawa Selangor boleh menjadi tempat menganjuran pesta ini. Sikap ini memggambarkan bagaimana mereka cuba untuk pastikan Pesta Arak ini tetapkan diadakan walau di mana tempatnya.